Malaysia Sinar FM
Sinar FM
OFFLINE LIVE

Sinar FM

Country: Malaysia
Genres : newspop

Sinar FM merupakan stasiun radio berbahasa Melayu dengan slogan lama mereka Cahaya Hidup Anda di bawah pengurusan Astro AMP. Sinar FM memainkan Muzik Retro Terbaik, yaitu seleksi lagu dari tahun 60-an hingga sekarang dan mendapat 2,300,000 pendengar pada tahun 2006.

Sinar FM meningkat remaja dengan penampilan yang lebih moden, terkini, positif dan memberi inspirasi bersesuaian dengan tagline baharu iaitu Menyinari Hidupmu.



Menghiburkan pendengar dengan genre muzik yang pelbagai dari era 80an, 90an, 2000 juga yang terkini dan mensasarkan pendengar Melayu moden yang berusia di antara 25 hingga 39 tahun. Sekiranya anda membesar dengan muzik-muzik daripada Ella, Visa, Hattan, dan Ziana Zain, inilah stesen untuk anda.



Sejajar dengan kehendak masyarakat Melayu Moden sekarang yang mementingkan elemen-elemen kerohanian, Sinar FM telah menyelitkan segmen-segmen yang bersesuaian yang memberi inspirasi kepada masyarakat.



Dengan barisan penyampai yang setia menemani pendengar bermula dengan Jep, Shuib, Rahim, Abby Fana, Feeya Iskandar, Salih Yaccob dan Jamal Jamaluddin.



Sinar FM sentiasa ingin Menyinari Hidupmu dengan hiburan dan program yang berkualiti untuk pendengar.



Slogan: Menyinari Hidupmu; (Brightening Your Life)